Home


  Main Index MAIN
INDEX
FAQ FAQ & HELP FAQ PHOTO GALLERY Who's Online WHO'S
ONLINE
Log in LOG
IN

Home: Dog and Puppies Talk: Current Dog Related Issues and News: Two Rottweiler Attacking Student!!!: Edit Log



chrisong
Doggyman

Jan 9, 2006, 10:24 PM


Views: 1888
Two Rottweiler Attacking Student!!!

Pelajar Tahun Empat diserang 2 Rottweiler

Oleh Azahar Hashim KULIM:



Seorang pelajar Tahun Empat terpaksa menerima 15 jahitan di lutut serta pangkal pahanya selepas diserang dua anjing jenis Rottweiler yang dipelihara jirannya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang kelmarin di Taman Keladi, di sini ketika mangsa, S Kumaran, 10, berada di depan rumah pemilik anjing berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa dan dua rakannya yang juga adik beradik, T Darmendran, 12 dan Arvindran, 11, hendak pergi bermain bola sepak di padang berhampiran.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga mereka dipanggil pemilik anjing berkenaan yang bertanya sama ada mereka mengganggu anjingnya.

Bapa Darmendran, R Thinagaran, 41 berkata, ketika dua anaknya bersama Kumaran lalu berdekatan rumah itu, pemiliknya bertanya jika mereka mengganggu anjingnya.

“Anak saya dan rakannya memberitahu mereka tidak tahu mengenainya,” katanya sambil menjelaskan ketika itu, anjing terbabit berada di dalam pagar rumah jirannya.

“Bagaimanapun, ketika pembantu rumah pasangan terbabit membuka pintu pagar untuk membuang sampah, tiba-tiba dua anjing terbabit menerkam ke arah kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumah Kumaran, di sini, semalam.

Thinagaran berkata, melihat keadaan itu dua anaknya serta rakannya cuba melarikan diri, tetapi Kumaran terjatuh lalu diterkam dua anjing terbabit.

Beliau mendakwa, satu daripada anjing itu menggigit lutut kiri Kumaran menyebabkannya berdarah.

“Anak saya kemudian memanggil saya dan ketika keluar, saya melihat dua anjing berada berhampiran Kumaran dengan seekor daripadanya sedang menggigit kakinya.

“Saya bersama beberapa jiran kemudiannya keluar untuk membantu mangsa dan selepas melihat orang ramai datang, anjing terbabit lari masuk ke rumah tuannya," katanya.

Thinagaran berkata, beliau kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan dan membuat laporan di Balai Polis Kulim, kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Berikutan kejadian itu katanya, Kumaran yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Kulim kini tidak dapat ke sekolah dan berada dalam keadaan trauma.

www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20060108234814/Article/


(This post was edited by chrisong on Jan 9, 2006, 10:28 PM)


This post has not been edited




Copyright 2001~ 2002 Hileytech Sdn Bhd , All Rights Reserved.  Disclaimer  Privacy Statement
For comments and Suggestion, Please contact the Webmaster at puppy@puppy.com.my